Category Archives: Karangan SPM

Karangan 2015 Perpaduan

Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni – amalan berkasih sayang, menghormati jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan memahami adat dan budaya mesyarakat lain – sentiasa bersikap tangan terbuka (menderma dan membantu jiran/kaum yang mengalami bencana)

Isi 2 :  Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk – memperkenalkan kepada anak-anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat majmuk – memberikan pendedahan tentang nilai-nilai yang baik dalam amalan setiap masyarakat – mengelak/mengawal mendedahi perkara negatif kaum-kaum tertentu – tidak melarang anak-anak bergaul mesra sesama mereka

Isi 3 :  Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat – melibatkan semua ahli masyarakat daripada pelbagai kaum/etnik – kegiatan bergotong-royong – hari keluarga – budaya tegur-menegur dan ziarah-menziarahi

Isi 4 :  Mengadakan/menghadiri rumah terbuka – membawa anak-anak ke rumah terbuka kaum tertentu (musim perayaan) – mengadakan rumah terbuka dan menjemput semua jiran daripada pelbagai kaum – memberikan hadiah dan angpau apabila berkunjung ke rumah terbuka

Isi 5 :  Mewujudkan sistem pendidikan yang sama – sistem persekolahan untuk semua kaum (rendah, menengah, dan IPT) – mengajari semua bahasa kaum utama di negara ini – menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum – semua ibu bapa mesti menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan demi masa depan anak-anak

Isi 6 :  Mengelakkan terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan persengketaan kaum – tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan peribadi (politik dan perniagaan) – jauhi perangai adu domba, fitnah dan memperlekeh kaum lain terutama di hadapan anak-anak – mengamalkan sikap sederhana dan mengajari anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang lain

Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa yang menyokong akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah, hidup bersama ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya hidup bersatu dan bersama yang sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia.

Karangan Langkah Langkah Mengembalikan Budaya Lama

Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar bak aur dengan tebing. Kita terus berpegang pada amalan murni budaya lama bukit sama didaki, lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjana masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.

Isi 1 :   Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung – tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada)

Isi 2 :   Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat saudara-mara sendiri – sentiasa bersama menghadapi sebarang masalah besar atau kecil – tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya – amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku

Isi 3 :   Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan – kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi peranan modal – ibu bapa mengajar anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua – pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus

Isi 4 :   Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan kejiranan – golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada – mengadakan jamuan dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra

Isi 5 :   Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk – sebagai menghormati taraf mereka dalam masyarakat –menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat – golongan muda sentiasa dinasihati – tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi – elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat

Kesimpulan :  Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan yang sudah menjadi budaya ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan bermasyarakat lebih harmoni dan riang.

Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Semangat Patriotik

Pendahuluan :

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Yang Dihormati, Tuan/puan Pengacara majlis, terima kasih kerana memberi izin untuk saya mengambil giliran berpidato. Yang Arif lagi adil serta bijaksana panel/juri hakim. Tuan-tuan dif kehormat dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Hadirin sekalian,

Sebelum bahtera pidato ini saya layari untuk menempuh gelombang berhujah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk merungkai akan maksud tersurat dan tersirat maudhuk, “Peranan Ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak”. Maksud yang terkandung ialah peranan dan komitmen ibu dan bapa dalam usaha menanami anak-anak dengan jiwa yang subur lagi cakna terhadap maruah bangsa dan negara. Mereka rela berputih tulang asal tidak berputih mata demi tanah sebidang yang menjadi milik bangsa. Mereka tega mempertahankan kedaulatan demi leluhur merdeka. Demikianlah sebuah pengertian anak-anak yang terdidik dengan semangat patriotik lantas bersedia mempertahankan bumi yang dipijak nescaya langitnya dijunjung.

Isi 1 :  Ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menjiwai semangat merdeka dan patriotik yang tinggi– anak-anak akan belajar daripada apa-apa yang dididik oleh ibu bapa sejadi kecil

Isi 2 : Ibu bapa sentiasa mananamkan perasaan bangga, selamat dan bebas berada dalam sebuah negara yang berdaulat, merdeka, aman serta makmur – anak-anak faham akan hakikat bangsa Malaysia yang hidup di bumi bertuah ini

Isi 3 : Mendidik anak-anak agar tahu berterima kasih kepada para pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air – mereka berbangga akan panji-panji kemegahan negara serta kenal akan fungsi-fungsi institusi Raja berperlembagaan

Isi 4 : Mendidik sikap mahmudah seperti bersyukur dan bertanggungjawab untuk membangunkan negara yang tercinta – sentiasa terbina dalam hati dan sanubari cita-cita untuk membangunkan negara.

Isi 5 : Memupuk kesedaran untuk menjalinkan semangat kerjasama dan saling bertoleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum – sebagai asas terpenting mewujudkan perpaduan dan keamanan negara

Kesimpulan : Benarlah hakikat yang menyatakan subur pokok kerana tanahnya, justeru subur manusia kerana induknya. Anak yang baik dan terdidik adalah yang datang daripada ibu bapa yang sentiasa berpandangan jauh. Oleh itu, demi kelangsungan sebuah negara yang berdaulat, justeru kepemimpinan yang beralih tangan dari generasi ke generasi hendaklah ditunjangi oleh warga yang bersemangat patriotik. Dalam hal ini, ibu bapalah yang menjadi sekolah dan universiti terulang untuk membentuk semangat patriotik dalam kalangan anak-anak.

Karangan Jasa Guru 2015

Pendahuluan: GURU ialah  ikon yang sinonim dengan alam pendidikan. Guru, insan yang tega berdiri berjam-jam lamanya dan sabar dengan cara begitu untuk sepanjang usia perkhidmatannya. Liur basah dan berlidah fasih seorang guru mampu menuturi anak didiknya dengan kalimat hikmah dan menuangi mereka ilmu pengetahuan sebagai suluh masa depan.  Kepada anak-anak didik, guru apabila tiada dicari, namun apabila ia hadir terasa pula kerenahnya. Demikianlah guru insan yang kadang-kadang dibenci tetapi rindu. Pelbagai ikon yang diterima mereka. Antaranya arkitek masa  depan, pembina bangsa dan pencetus tamadun. Tuntasnya, apa-apa jua gelaran yang diberikan kepada seseorang guru, mereka hendaklah diberi penghargaan yang selayak dengan kedudukan mereka sebagai pendidik. Oleh itu, setiap murid hendakah menghormati guru dalam apa-apa situasi sekalipun kerana merekalah ‘murabbi’ yang cuba merintis masa depan seseorang insan.

Isi 1 : Saya perlu berusaha gigih untuk menjadi pelajar cemerlang– kejayaan cemerlang seseorang anak murid menjadi piawai kejayaan seseorang guru – sebagai hadiah dan oleh-oleh kasih sayang antara murid dengan guru

Isi 2 : Berdisiplin, berbudi bahasa dan mengamalkan tatatertib – amalan yang membuakan hati seseorang guru ceria dan berbunga – mudah menerima ajaran dan tunjuk ajar guru

Isi 3 : Berusaha untuk menyenangi hati guru – sedar guru juga sebagai insan – emosi dan perasaan kadangkala boleh terjejas

Isi 4 : Menyimpan azam untuk membalas budi guru yang telah banyak berjasa – berusaha keras, belajar bersungguh-sungguh – sampai masa dapat membuktikan kejayaan kepada guru yang disayangi.

Isi 5 : Sentiasa berdoa semoga guru memperoleh limpah rahmat Allah – berdoa supaya guru sentiasa dalam limpah kurnia beroleh sihat, ilmu yang bertambah dan rezeki murah lagi halal

Kesimpulan : Sesungguhnya, apabila terpancar kata-kata daripada lidah lembut seseorang guru, maka itulah mutiara yang membekali anak didik untuk menyuluhi masa depan mereka. Guru, hadir mereka menjadi pemimpin, senyum tawa mereka menjadi penawar, marah dan bengis mereka menjadi bekalan. Rinduilah guru yang pernah mendidik kita, dan saya berazam untuk terus menghormati guru saya seadanya.

Contoh Karangan Cemerlang

Jerebu-Jumaat-2

Karagan contoh Cikgu Anelyza. Karagan in memang mantap dan baik. Cikgu Anelyza telah berikan contoh contoh karangan yang “HOT” bagi pelajar SPM 2014. Terdapat 13 contoh karangan mantap daripada Cikgu Anelyza.  Antara karangan Cikgu Anelyza ialah “Peranan Kita dalam mengantarabangsakan Bahasa Melayu, Langkah Langkah Mengatasi Jerebu, Kesan Jerebu, Keluarga impian saya, kesan pemanasana global dan lain lain lagi.”

Klik seterusnya

Quality Writings for English

computer and internet If you are looking for tips to write quality essays. Here are some of the tips how to write a good essays. A good essay should have a good introduction, solid points and a conclusion. Lets take an example of writing an essay with the title “Benefits of Computer and Internet today” Introduction

SPM – Karangan Peranan Kerajaan Menanggani penyakit berjangkit

Virus

Beberapa tahun yang lalu, masyarakat dunia dikejutkan dengan penyakit selesema burung yang juga dikenali sebagai H5N1. Penyakit ganjil ini dikatakan tersebar melalui sepsis burung yang amat sukar untuk dikawal. Selang beberapa tahun kemudian pula, kita sekali lagi dikejutkan dengan kes-kes kematian yang berpunca daripada selesema babi atau lebih dikenali sebagai H1N1. Jadi, pelbagai tindakan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat untuk mengekang penyakit ini daripada terus berleluasa seperti parasit.