Category Archives: Karangan PT3

Karangan Hari Kantin

Hari Kantin karangan

Hari Kantin karangan

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolahku iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera telah mengadakan Hari Kantin peringkat sekolah. Hari Kantin ini diadakan di tempat parkir kereta guru di sekolahku. Tujuan Hari Kantin ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman dan mendidik murid-murid untuk berniaga. Selain itu, Hari Kantin ini juga bertujuan mengutip dana untuk kelab dan persatuan sekolah.
          Pada pukul 8.00 pagi, murd-murid dan guru-guru memasang khemah jualan bersama-sama. Aku dan rakan-rakanku menghias gerai jualan masing-masing. Ada juga yang menyediakan poster dan menu jualan untuk menarik para pengunjung. Kami juga sibuk menyusun kerusi dan meja di gerai kami dan menghias meja jualan dengan melapikkan meja jualan dengan kain yang berwarna-warni.
          Setelah kerja-kerja kami siap, kami pun berkumpul di Dewan Merdeka. Kami berbaris dalam barisan kelab masing-masing untuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar. Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar Hari Kantin pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengutip dana yang disasarkan olehnya. Beliau juga berharap agar murid-murid berniaga dengan jujur. Beiau menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Kantin pada tahun ini.
          Pada pukul 10.00 pagi, aktiviti jualan pun dimulakan. Ada gerai yang menjual makanan ,minuman,buku terpakai, barang perhiasan dan mainan. Murid-murid menjual barang-barang dengan harga yang berpatutan dan ada gerai yang memberikan potongan  harga kepada para pengunjung.
          Terdapat ramai pengunjung yang hadir termasuklah ibu bapa, semua guru dan staf-staf sekolah untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Golongan wanita rambang mata apabila melihat  barang-barang perhiasan yang cantik-cantik belaka. Para pengunjung membeli-belah di gerai jualan dengan berjimat-cermat.
         Pada pukul 12.00 tengah hari, barang-barang jualan habis dijual. Aku dan rakan-rakanku pun mengemas tapak jualan seperti mengutip sampah, menyapu sampah mengangkat meja julan ke kantin dan lain-lain lagi supaya tempat parkir kereta guru berkeadaan seperti sediakala. Semua guru dan murid mendapat untung daripada hasil jualan. Jumlah kutipan dana yang kami dapat telah melebihi daripada yang disasarkan. Aku berharap Hari Kantin seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Karangan PT3 – Penting Menjaga Kesihatan

Kesihatan adalah satu anugerah yang perlu dijaga oleh semua orang. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan.

Pendahuluan.

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga agar berkekalan sepanjang hayat.

  1. Perkara yang paling penting bagi memastikan kesihatan kita baik adalah mengamalkan makanan yang sihat dan seimbang- banyakkan minum air , tujuh gelas satu hari, makan banyak sayur dan buah-buahan segar.
  2. Amalkan kebersihan diri- mandi dengan sabun, memotong kuku dan memotong rambut bagi lelaki dan mengikat rambut agar kemas untuk perempuan dan sentiasa memberus gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Menggunakan sabun, syampu dan apa sahaja bahan cucian yang ber ph neutral
  3. Bersenam sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu agar badan sentiasa berpeluh dan otak juga dapat bekerja dengan baik. Berlari setiap pagi atau petang, bersilat, tai chi dan sebagainya dapat menjadikan badan sihat dan cergas.
  4. Berehat dihujung minggu bersama keluarga juga dapat memastikan kesihatan mental dapat di pelihara. Berkelah atau beriadah di tempat-tempat menarik seperti di tepi sungai, air terjun dan pantai dapat menenangkan minda yang sibuk belajar atau bekerja.

Penutup

Cara-cara menjaga kesihatan bukanlah sukar untuk dilaksanakan jika kita sentiasa menghargai kesihatan diri dan mahu kekal sihat sepanjang masa. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik dari mengubat.

Karangan UPSR dan PT3 – Berjimat Cermat

Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Tulis sebuah syarahan yang  bertajuk“ Berjimat cermat amalan mulia “

Pendahuluan.

Memberi kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, guru-guru dan para hadirin yang hadir.

Menyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan iaitu “ Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil lagi”

Isi-isi.

  1. Takrif berjimat-cermat  – mengikut kamus dewan edisi ke empat bermaksud berhemat atau berhati-hati tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu Kanak-kanak ibarat rebung yang boleh dididik agar menabung dan menggunakan duit poket yang diberikan oleh ibubapa dengan cara yang betul .
  2. Ibubapa dan guru perlu memberi kesedaran awal tentang kepentingan berjimat-cermat kepada kanak-kanan agar mereka dapat menyambung pelajaran pada masa hadapan, kegunaan ketika sakit, dan ketika kesusahan.
  3. Kanak-kanak perlu elakkan diri dari berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak penting dan tidak sihat seperti membeli mainan dan jajan atau makanan segera.
  4. Amalan berjimat-cermat dapat meringankan beban kewangan ibubapa dan penjaga. Kanak-kanak perlu diajar menguruskan duit atau hadiah yang diperolehi samaada dari ibubapa mereka atau saudara mara.

Penutup

Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyemai amalan berjimat cermat dikalangan anak-anak mereka demi masa depan mereka .

Karangan 1 Murid Satu Sukan

Kokurikulum

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran kerana pada tahun ini adalah tahun perlaksanaan Dasar 1 Murid 1Sukan di semua sekolah seluruh Malaysia. Dasar ini mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan pada masa yang sama, sekolah tersebut mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan. Tidak dapat dinafikan lagi, dasar ini telah memberi pelbagai faedah kepada setiap pelajar, sekolah dan juga masyarakat agar minda cerdas badan sihat.

Karangan Bombastic dalam SPM

Bookdisplay

Soalan:

Saya ingin bertanya khasnya kepada Cikgu Ghalib Yunus (Munsyi Dewan) dan pemeriksa BM Kertas 1 SPM. Adakah penggunaan perkataan bombastik atau kata pinjaman seperti marcapada, dasawarsa, kudsi, uslub, ghalib dan sebagainya menjadi keperluan dalam karangan? Saya mempunyai kumpulan pelajar yang begitu ghairah menggantikan perkataan biasa dengan perkataan lain yang sama maksud tetapi jarang digunakan. Kadangkala penggunaan itu mengganggu kelancaran bahasa. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Daripada:
Munsyi K’Seven

Karangan SPM 2012

 Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kesan Pemanasan Global (Karangan Pelajar Contoh)

Global warming

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global telah menyebabkan bumi mengalami “demam panas” yang turut  menjadi penyebab utama iklim dunia menjadi semakin kucar-kacir.  Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu sistem ekonomi berbanding dengan kesihatan diri.  Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia.  Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai nasib malang semata-mata.