Category Archives: Ulasan UPSR

Ulasan UPSR: Faedah Bersukan

ulasan faedah bersuakan upsr

Salah satu faedah bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Bersukan juga dapat mengurangkan rasa lesu. Melalui bersukan, kita boleh kita dapat berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa  serta agama. Hal ini, dapat memupuk perpaduan antara kaum. Disamping itu, bersukan  juga dapat mengisi masa lapang. Kerap bersukan juga dapat mencungkil bakat individu. Faedah bersukan juga dapat mengharumkan nama negara apabila para atlit berjaya mendapat pingat emas. Kesimpulannya, faedah bersukan penting dalam fizikal , rohani dan imej positif kepda negara. (80pp)

 

Ulasan UPSR: CARA-CARA MENJAGA ALAM SEKITAR MELALUI KITAR SEMULA

Cara berjimat cermatTerdapat pelbagai cara untuk menjaga alam sekitar melalui kitar semula. Buang sampah ke dalam tong yang disediakan. Kertas, kaca, botol dan besi mesti dibuang ke dalam tong yang berlainan warna.  Barangan yang lama boleh dikitar semula untuk dijadikan bekas. Buku,risalah, dan majalah boleh didermakan kepada perpustakaan sekolah. Penutup tin dan kaca pula boleh dijadikan barangan hiasan.  Selain itu, tin minuman boleh dijadikan barangan kraf tangan. Kesimpulannya, kitar semula barangan yang hendak dipakai sebelum dibuang ke dalam tong sampah.  (78 pp)