Karangan Semangat Kejiranan 2015


Pendahuluan: Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang sangat mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tempelak tersebut bagaikan sudah sinonim dengan gaya hidup manusia moden. Sikap tidak mempedulikan jiran sebelah-menyebelah semakin menular walaupun sudah tinggal berjiran sejak bertahun-tahun. Pegangan seperti itu sebenarnya mendatangi kita pelbagai implikasi negatif apabila masing-masing bersikap individualistik dengan gaya hidup, ‘nafsi-nafsi, siapa lu siapa wua’. Malang sekali dengan sikap seumpama itulah akhirnya pelbagai tragedi seperti penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kini masyarakat mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Melihat kepada fenomena yang semakin mengancam kestabilan dan keselamatan,  masyarakat seharusnya mengembalikan kehidupan yang sejahtera, aman dan harmoni dengan menyemarakkan semangat kejiranan

Isi 1 :  Kembalikan sifat ingin menjaga tepi kain orang dengan amalan yang positif – sikap sentiasa ambil berat dan bertanya khabar dalam kehidupan masyarakat tradisi hendaklah dihidupkan semula.

Isi 2 :  Elakkan sikap yang terlalu bertuhankan material dan individualistik – tiada apa-apa yang untung apabila meminggirkan diri daripada masyarakat arus perdana dan tiada apa-apa yang rugi apabila kita berkawan – menrunkan sikap ego, gah dan sombong dengan kekayaan yang ada.

Isi 3 : Memperkasakan dan menghidupkan roh amalan ziarah dan kejiranan – menghormati jiran tetangga seperti menjaga kepentingan diri sendiri – meneruskan tradisi rumah terbuka, kenduri-kendara, sambutan perayaan dan ziarah kesakitan serta kematian.

Isi 4: Mewujudkan persatuan/induk masyarakat setempat – badan kebajikan penduduk/masyarakat – menjadi mata dan telinga kepada keselamatan penduduk serta perantara dengan pihak berkuasa keselamatan.

Isi 5 :  Bekerjasama dengan pihak polis – penubuhan Rakan Cops – sebagai suatu organisasi yang aktif mengawal ketenteraman dan menyokong pihak polis mencegah jenayah.

Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong maksud Hadith yang menyatakan, “Kehidupan kita ibarat  sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam”. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini dihidupkan semula nescaya kita terhindar daripada sebarang ancaman dan ketidaktenteraman.