Karangan Jasa Guru 2015


Pendahuluan: GURU ialah  ikon yang sinonim dengan alam pendidikan. Guru, insan yang tega berdiri berjam-jam lamanya dan sabar dengan cara begitu untuk sepanjang usia perkhidmatannya. Liur basah dan berlidah fasih seorang guru mampu menuturi anak didiknya dengan kalimat hikmah dan menuangi mereka ilmu pengetahuan sebagai suluh masa depan.  Kepada anak-anak didik, guru apabila tiada dicari, namun apabila ia hadir terasa pula kerenahnya. Demikianlah guru insan yang kadang-kadang dibenci tetapi rindu. Pelbagai ikon yang diterima mereka. Antaranya arkitek masa  depan, pembina bangsa dan pencetus tamadun. Tuntasnya, apa-apa jua gelaran yang diberikan kepada seseorang guru, mereka hendaklah diberi penghargaan yang selayak dengan kedudukan mereka sebagai pendidik. Oleh itu, setiap murid hendakah menghormati guru dalam apa-apa situasi sekalipun kerana merekalah ‘murabbi’ yang cuba merintis masa depan seseorang insan.

Isi 1 : Saya perlu berusaha gigih untuk menjadi pelajar cemerlang– kejayaan cemerlang seseorang anak murid menjadi piawai kejayaan seseorang guru – sebagai hadiah dan oleh-oleh kasih sayang antara murid dengan guru

Isi 2 : Berdisiplin, berbudi bahasa dan mengamalkan tatatertib – amalan yang membuakan hati seseorang guru ceria dan berbunga – mudah menerima ajaran dan tunjuk ajar guru

Isi 3 : Berusaha untuk menyenangi hati guru – sedar guru juga sebagai insan – emosi dan perasaan kadangkala boleh terjejas

Isi 4 : Menyimpan azam untuk membalas budi guru yang telah banyak berjasa – berusaha keras, belajar bersungguh-sungguh – sampai masa dapat membuktikan kejayaan kepada guru yang disayangi.

Isi 5 : Sentiasa berdoa semoga guru memperoleh limpah rahmat Allah – berdoa supaya guru sentiasa dalam limpah kurnia beroleh sihat, ilmu yang bertambah dan rezeki murah lagi halal

Kesimpulan : Sesungguhnya, apabila terpancar kata-kata daripada lidah lembut seseorang guru, maka itulah mutiara yang membekali anak didik untuk menyuluhi masa depan mereka. Guru, hadir mereka menjadi pemimpin, senyum tawa mereka menjadi penawar, marah dan bengis mereka menjadi bekalan. Rinduilah guru yang pernah mendidik kita, dan saya berazam untuk terus menghormati guru saya seadanya.