Monthly Archives: September 2015

Karangan PT3 – Penting Menjaga Kesihatan

Kesihatan adalah satu anugerah yang perlu dijaga oleh semua orang. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan.

Pendahuluan.

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga agar berkekalan sepanjang hayat.

  1. Perkara yang paling penting bagi memastikan kesihatan kita baik adalah mengamalkan makanan yang sihat dan seimbang- banyakkan minum air , tujuh gelas satu hari, makan banyak sayur dan buah-buahan segar.
  2. Amalkan kebersihan diri- mandi dengan sabun, memotong kuku dan memotong rambut bagi lelaki dan mengikat rambut agar kemas untuk perempuan dan sentiasa memberus gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Menggunakan sabun, syampu dan apa sahaja bahan cucian yang ber ph neutral
  3. Bersenam sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu agar badan sentiasa berpeluh dan otak juga dapat bekerja dengan baik. Berlari setiap pagi atau petang, bersilat, tai chi dan sebagainya dapat menjadikan badan sihat dan cergas.
  4. Berehat dihujung minggu bersama keluarga juga dapat memastikan kesihatan mental dapat di pelihara. Berkelah atau beriadah di tempat-tempat menarik seperti di tepi sungai, air terjun dan pantai dapat menenangkan minda yang sibuk belajar atau bekerja.

Penutup

Cara-cara menjaga kesihatan bukanlah sukar untuk dilaksanakan jika kita sentiasa menghargai kesihatan diri dan mahu kekal sihat sepanjang masa. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik dari mengubat.

Berkelah Bersama Keluarga- Karangan UPSR

Pada cuti hujung minggu yang lalu kamu telah berpeluang pergi berkelah bersama-sama keluarga disebuah tempat yang menarik.

Tulis cerita  tentang pengalaman  kamu ke tempat tersebut.

Pendahuluan.

Saya dan keluarga sangat gembira kerana ayah akan membawa kami ke Air Terjun Bukit Hijau yang teletak di banjaran Gunung Inas. Air terjunnya sangat sejuk dan udara persekitaran juga segar dan hijau,

Isi-isi

  1. Ibu dan kakak bangun awal pagi menyiapkan bekalan –nasi, lauk dan buah-buahan serta air minuman-bertolak awal pagi dan sampai tengahari di tempat perkelahan-orang ramai dan suasana tenang.
  2. Selepas makan tengahari saya dan keluarga dapat mandi bersama- air sangat sejuk dan arus agak deras- berhati-hati dan tidak mandi di tempat dalam.
  3. Berpeluang untuk bersiar-siar di sekitar tapak perkelahan- dapat mengenali pelbagai spesis pokok dan tumbuhan- dapat melihat pelbagai jenis burung dan unggas berterbangan di atas pohon kayu.
  4. Bila hari hampir petang kami bersiap-siap untuk pulang- mengemaskan semua barang dan masukkan ke dalam kereta.

Penutup

Sangat letih tetapi seronok kerana dapat menikmati keindahan alam dan kesejukkan air terjun di Bukit Hijau. Akan datang lagi bersama keluarga sewaktu cuti  hujung minggu jika berkelapangan.

 

Karangan UPSR – Faedah Membaca

Tulis karangan yang bertajuk “ Faedah Membaca “.
Pendahuluan.

Membaca boleh dijadikan satu amalan seharian dan faedah yang akan diperolehi amat luas dan besar kepada pengemarnya tidak kira usia dan status.

Isi-isi

  1. Pelbagai bahan bacaan yang baik boleh di dapati di pasaran , di perpustakaan ataupun di internet seperti suratkhabar , majalah, buku cerita, buku-buku ilmiah, ensaiklopedia dan lain-lain lagi.
  2. Membaca boleh menambah pengetahuan- pelbagai maklumat terdapat pada bahan bacaan – panduan ketika peperiksaan – kuiz dan panduan dalam hidup seharian- mengetahui isu-isu semasa serta perkembangan dalam dan luar negara..
  3. Membaca dapat memanfatkan masa yang terluang- dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam kegiatan-kegiatan salah laku dan tidak berfaedah seperti melepak, merokok, merempit dan masalah-masalah sosial lain
  4. Membaca boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan- dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga ketika membaca – membaca sambil bersantai atau sama-sama mencari bahan-bahan untuk peperiksaan.

Penutup.

Banyak faedah akan dapat diperolehi jika membaca dijadikan amalan seharian bak kata pepatah “ jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya “. Oleh itu sama-samalah kita menjadikan membaca satu amalan walau dimana kita berada dan pada bila-bila masa sahaja.

 

Karangan UPSR dan PT3 – Berjimat Cermat

Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Tulis sebuah syarahan yang  bertajuk“ Berjimat cermat amalan mulia “

Pendahuluan.

Memberi kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, guru-guru dan para hadirin yang hadir.

Menyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan iaitu “ Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil lagi”

Isi-isi.

  1. Takrif berjimat-cermat  – mengikut kamus dewan edisi ke empat bermaksud berhemat atau berhati-hati tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu Kanak-kanak ibarat rebung yang boleh dididik agar menabung dan menggunakan duit poket yang diberikan oleh ibubapa dengan cara yang betul .
  2. Ibubapa dan guru perlu memberi kesedaran awal tentang kepentingan berjimat-cermat kepada kanak-kanan agar mereka dapat menyambung pelajaran pada masa hadapan, kegunaan ketika sakit, dan ketika kesusahan.
  3. Kanak-kanak perlu elakkan diri dari berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak penting dan tidak sihat seperti membeli mainan dan jajan atau makanan segera.
  4. Amalan berjimat-cermat dapat meringankan beban kewangan ibubapa dan penjaga. Kanak-kanak perlu diajar menguruskan duit atau hadiah yang diperolehi samaada dari ibubapa mereka atau saudara mara.

Penutup

Amalan berjimat cermat perlu dipupuk sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyemai amalan berjimat cermat dikalangan anak-anak mereka demi masa depan mereka .

Karangan UPSR 2015 – Laporan Aktivity Semasa Cuti Sekolah

Sebagai ketua penghuni asrama sekolah kamu ditugaskan untuk menulis laporan tentang aktiviti yang diadakan semasa hari cuti. Tulis laporan kamu selengkapnya.

Rangka Jawapan.

Pendahuluan

Tajuk laporan- “ Aktiviti Gotong-royong Semasa Hari Cuti di Sekolah “

Isi-isi

  1. Menyatakan tarikh, masa dan tempat aktiviti dijalankan iaitu di sekitar asrama dan surau sekolah.Dimulakan pada jam 9.00 hingga 12.00 pagi dengan membersihkan dorm masing-masing, membersihkan semua tandas , menyapu sampah di kawasan sekitar dan menanam bunga di taman asrama dan surau sekolah.
  2. Menyatakan tujuan aktiviti-memupuk semangat kerjasama antara para pelajar, menga malkan kebersihan dan keceriaan sekolah, dan memenuhi masa terluang dengan kegiatan berfaedah.
  3. Gotong- royong dapat melatih pelajar untuk berdikari dan suka melakukan kerja-kerja amal bila mereka dewasa kelak.
  4. Bilik asrama tercantik akan mendapat hadiah dan akan diumumkan di akhir bulan.

 

Penutup

Gotong-royong  ini telah memberi manfaat kepada semua penghuni dan memupuk semangat cintakan sekolah dan kebersihan.

Berharap agar gotong-royong seperti ini dapat diadakan lagi  pada masa akan datang.