Lagi Lagi Ayat Bombastik Karangan SPM

bahasa melayu july tips


AYAT YANG BOMBASTIK
Cikgu, bolehkah saya menulis bahagian permulaan seperti ayat yang di bawah ini:
?Bak kata pepatah ‘pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara,? begitulah semboyan yang sering dikumandangkan ketika masyarakat yang rancak dan heboh membincangkan peranan ramaja untuk memajukan negara."

Jawaban:
Ayat yang anda kemukakan kelihatan hebat. Persoalannya ialah?apakah maklumat yang hendak disampaikan? Apakah maksud perkataan `pepatah?, `semboyan’ dan `dikumandangkan’? Adakah perkataan tersebut digunakan dengan tepatnya dalam perenggan tersebut? Banyak murid yang menganggap bahawa mereka akan memperoleh markah yang cemerlang jika membina ayat seperti ini.

Dalam hal ini, murid mestilah mengetahui maksud perkataan `pepatah?, `semboyan? dan juga `dikumandangkan?.

semboyan = tanda alamat seperti kibaran bendera atau bunyi tetuang yang di?gunakan untuk memberitahukan sesuatu; isyarat.
pepatah = bermaksud peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua
dikumandangkan = bunyi yang berulang-ulang atau bertalu-talu, bergema atau bergaung.

Persoalannya ialah adakah kata-kata hikmat `pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara sering dilaungkan bertalu-talu atau dilaungkan hingga bergema-gema?

Oleh yang demikian, perkataan `semboyan?, `pepatah? dan `dikumandangkan? tidak tepat digunakan dalam ayat.

Janganlah bermain-main dengan perkataan sehingga menjejaskan maksud ayat, sementelahan menjejaskan keseluruhan karangan. Jadi, ayat yang berbelit-belit tidak digalakkan dalam penulisan karangan.