Monthly Archives: January 2013

Komsas Tingkatan 2 Anak Penggunting Rambut

giant-haircut

KOMSAS TINGKATAN 2
CERPEN ANAK PENGGUNTING RAMBUT
Penceritaan sudut pandangan orang pertama (penggunting rambut) mengisahkan seorang bapa tunggal yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, “aku” sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada “aku” seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan “aku” menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan “aku” bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.