Tatabahasa 2011 & 2012
1. Pekerjaan _________ batik memerlukan ketekunan yang tinggi kerana kerja-kerja tersebut amat rumit .
A mencetak
B mengukir
C melukis
D mencanting

2. Abang Din begitu cekal ________ durian yang dipungut di dusunnya.
A mengendong
B menyandang
C menggalas
D membimbit

3. Gejala buli tidak harus dipandang _________ kerana banyak mendatangkan kesan negatif.
A remeh
B hina
C rendah
D kolot
4. Ekspedisi ke Taman Negara Bako anjuran Kelab Rekreasi dan Kembara sekolah saya mendapat ________ yang positif daripada para pelajar.
A tindak balas
B gerak balas
C maklum balas
D cadang balas
5. Kaum remaja harus berhati-hati supaya tidak terpengaruh dan terbawa-bawa ________ kebudayaan barat.
A dengan
B akan
C oleh
D kepada
6. Kumpulan pelancong itu kelihatan ________ apabila perahu yang dinaiki mereka terumbang-umbang.
A rimas
B gugup
C gayat
D cemas
7. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa menyebabkan berlakunya perebutan kuasa sehingga menyebabkan keadaan yang _______.
A hiruk-pikuk
B porak-peranda
C lintang-kedak
D serbah-serbih
8. ________ hari sudah senja, burung-burung pulang ke sarang.
A Seandainya
B Manakala
C Selagi
D Bahawa

9. Ubi kayu yang direbus oleh Mak Limah bukan sahaja sedap tetapi juga ________.
A lembut
B lembik
C lemau
D empuk

10. Demi menghilangkan dahaga ketika menyertai ekspedisi itu, dia pun ________ air putih.
A meneguk
B menghirup
C melulur
D menyedut
11. Kakinya ________ ke dalam lubang ketika berjalan dalam gelap.
A terjelepok
B tersepuk
C terperlus
D terjerumus
12. Ganesh sudah ________ untuk mencari penawar bagi merawat penyakit ayahnya.
A hilang akal
B putus akal
C habis akal
D lesap akal

13. Lelaki itu mencuba ________ beg tangan wanita itu dengan sedaya upaya.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D menyita
14. Penagih-penagih dadah itu _______ untuk menyelamatkan diri daripada serbuan polis.
A berhamburan
B bertempiaran
C bergelimpangan
D berkejaran
15. Hujah-hujah peguam itu bersandar ________ bukti yang diperolehnya daripada saksi utama kes itu.
A pada
B kepada
C terhadap
D tentang

16. Semua pengguna perlu sedar bahawa kita harus ________ ketika membeli-belah untuk mengurangkan kos perbelanjaan.
A berhemah
B berhemat
C berwaspada
D berawas
17. Walaupun Mustafa cuma berseloroh, tetapi perbuatannya itu telah menyebabkan hati Azman _________.
A terguris
B tergores
C tersentuh
D tersinggung

18. Lembu-lembu yang dibiarkan ________ di jalan raya boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan.
A berkeliaran
B bertempiaran
C bergelimpangan
D berserakan

19. Anak murid ini begitu cekal _______ beg sekolah yang berat.
A menggalas
B membimbit
C mendukung
D menjunjung

20. Selepas bertahun-tahun ________ di menara gading, akhirnya abang berjaya mendapat segulung ijazah.
A mengasah bakat
B memeras keringat
C memerah otak
D membanting tulang
21. Mereka semua ________ pagi tadi kerana leka menyaksikan siaran langsung Bola Sepak Piala Dunia.
A kelewatan
B kelambatan
C ketinggalan
D kesiangan






