Teknik Penceritaan / Teknik Saspens / Peristiwa Keinsafan / Nilai Keinsafan


TEKNIK PENCERITAAN / PLOT (FOKUS UTAMA 2010)

Perlumbaan Kedua

(i)  Imbas kembali : watak sang kancil menceritakan peristiwa lalu kembali tentang kekalahan moyang sang arnab putih kepada kura-kura dalam perlumbaan kali pertama.

(ii) Saspens: pembaca tertanya-tanya adakah kura-kura akan menyahut cabaran sang arnputih untuk kali kedua apabila dicabar oleh sang kancil.

(iii) Dialog:  Sang arnab berdialog kepada sang kancil bahawa dia tidak keberatan untuk berlumba sekali lagi jika sang kancil ingin menyaksikan perlumbaan antara sang arnab dengan tuk kura.

(iv) Pemerian: Ketika sang arnab berlari ke sana ke mari di padang rumput di kaki bukit pada suatu pagi, suasana pada waktu pagi yang indah dalam hutan digambarkan.

Julia

(i) Monolog dalaman: Dalam hati, Julia menghargai keprihatinan Jun yang mengambil berat tentang keadaan dirinya yang diselubungi kesunyian setelah kematian ibu bapanya serta memuji peribadi Jun yang mulia.

(ii) Imbas kembali: Ketika Julia belajar di Hidayah Isamic College, dia mengingati rakan-rakannya kembali di Malaysia, terutamanya tentang pergaulan bebas dengan Rashid.

(iii) Dialog: Pada suatu petang, Mama menegur perlakuan / tingkah laku Julia. Beliau menasihati Julia agar tidak berkelakuan liar dan menjaga maruah keluarganya serta menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya.

(iv) Saspens: Kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya menimbulkan rasa saspens dalam kalangan pembaca. Mereka tertanya-tanya adakah Julia mampu mengendalikan syarikat peninggalan arwah ayahnya kerana Julia masih mentah tentang selok-belok perniagaan.

**********************

Penulis banyak memanfaatkan teknik saspens / ingin tahu / perasaan tertanya-tanya untuk menarik minat agar meneruskan pembacaan novel tersebut. Antara peristiwa yang menimbulkan saspens ialah:

NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Peristiwa 1: Sang Arnab menggariskan syarat-syarat penyertaan kepada Sang Kancil

Huraian: Apabila mendengar kesungguhan Sang Arnab itu, Sang Kancil berasa kesal dan fikirannya runsing. Pembaca tertanya-tanya bahawa adakah Sang Kancil mampu menjayakan pertandingan lumba lari muktamad itu. Hal ini demikian kerana kesanggupan Sang Arnab menyahut cabaran itu membebani Sang Kancil, yakni terpaksa meredah hutan belantara untuk menjejaki kura-kura.

Peristiwa 2: Pergaduhan antara suku-sakat kura-kura

Huraian: Semasa makan, Tuk Kura menyuruh kura-kura berdada bintik dan berleher jinjang bergaduh dengan bersungguh-sungguh. Cucu-cucunya pun bergaduh. Semasa bergaduh, Tuk Kura pura-pura memarahi cucu-cucunya. Dia juga membiarkan kura-kura berdada bintik terkapai-kapai sendirian. Pembaca akan tertanya-tanya, mengapakah Tuk Kura bertindak demikian.

Peristiwa 3: Pemilihan gelanggang perlumbaan di kawasan tinggi / bukit

Huraian: Apabila Sang Arnab menanyai Tuk Kura tentang perlumbaan itu, Tuk Kura memilih satu kawasan tinggi supaya kesemua bintang dapat melihat perlumbaan itu dengan jelas. Peristiwa ini menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pembaca tentang tindakan Tuk Kura memilih kawasan bukit sedangkan habitatnya ialah kawasan berair dan kelembapan pergerakannya.

Peristiwa 4: Tuk Kura menolak tawaran bantuan Tuk Kura

Huraian: Selepas lokasi perlumbaan ditentukan, Sang Gajah menawarkan bantuan untuk menurunkan Tuk Kura. Tetapi, Tuk Kura enggan. Penolakannya itu menyebabkan cucu-cucunya dan para pembaca tertanya-tanya mengapa Tuk Kura menolak bantuan Sang Gajah.

Peristiwa 5: Sesi latihan di hutan dan di sungai

Huraian: Tuk Kura meminta kura-kura berdada bintik membawa rakan-rakannya ke hutan yang mempunyai pohon tumbang yang tidak mencecah tanah. Manakala, kura-kura berleher jinjang pula diminta membawa kawan-kawannya ke anak sungai yang berarus deras dan mempunyai batu hampar. Anak-anak buahnya mempersoalkan latihan tersebut. Hal ini menimbulkan rasa tertanya-tanya mengapa Tuk Kura memilih tempat itu sebagai tempat latihan sedangkan arena perlumbaan yang ditetapkan ialah lereng bukit.

Peristiwa 6: Kehilangan Tuk Kura menjelang hari perlumbaan

Huraian: Sang Murai muncul membawa berita mengenai kehilangan Tuk Kura. Dia menyampaikan berita itu kepada Sang Belang. Mereka kemudiaannya membawa berita itu kepada Sang Gajah. Keluarga Sang Arnab juga mendapat tahu tentang berita kehilangan Tuk Kura. Mereka turut mahu berjumpa dengan Sang Gajah bagi mengetahui keputusan yang akan diambil kiranya benar Tuk Kura menarik diri. Semua warga rimba tertanya-tanya apakah perlumbaan yang dirancang itu akan menjadi kenyataan.

PERHATIAN!!!: PILIH MANA-MANA 3 PERISTIWA SERTA HURAIAN SAHAJA.

NOVEL JULIA

Peristiwa 1: Pertemuan antara Julia dengan Jun secara tidak sengaja di dalam pesawat.

Huraian: Ketika Julia memperkenalkan diri, Jun tidak terus menjawab. Hal ini menyebabkan Julia(serta pembaca) kehairanan. Saspens ini terjawab apabila Jun menerangkan bahawa kakaknya juga bernama Julia dan semasa mereka bersua, kakaknya itu baru menemui ajal gara-gara barah.

Peristiwa 2: Pengetua memanggil Julia ketika di bilik kulih.

Huraian: Guru yang menjemputnya diselubungi kecemasan, dan Julia ternampak akan kereta PakCik Khairil. Saspens dan ketegangan itu terjawab apabia Julia diberitahu bahawa ibu bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Pembaca masih dikelubungi saspens kerana keadaan sebenar ibu bapa Julia tidak dinyatakan. Ketika berada di lapangan terbang, Julia bertemu dengan Jun, barulah Pak Cik Khairil mendapat berita kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.

Peristiwa 3: Rashid menelefon Julia selepas peningggalan ibu bapanya.

Huraian: Rashid mengancam akan membongkar rahsia Julia masa lampau. Rashid mahu datang kerumah mengambil Julia. Julia membantah. Dia tersedar daripada lamunan apabila pintu diketuk.Apabila pintu dibuka, orang yang tercegat di depan pintu ialah Rashid. Pembaca tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku selepas itu?

Peristiwa 4: Kedatangan Syed Mustaffa dalam keadaan marah ketika Julia sedang bertugas.

Huraian: Pembaca berasa saspens dan tertanya-tanya akan tindakan yang akan dilakukan oleh Syed Mustaffa, Pengurus Kanan Butik BMPRO. Ketegangan ini terlerai apabila beliau menuntut hak milik syarikat itu untuk kakaknya, Ummi Sarah. Julia meminta Syed Mustaffa merujuk peguamnya.

Peristiwa 5: Peletakan jawatan oleh pengurus besar

Huraian: Semasa syarikat mengalami masalah kekurangan modal tunai, Encik Hashim yang menjadi orang penting dalam syarikat selama ini telah meletakkan jawatan. Pembaca berasa tertekan dan ingin tahu akan niatnya yang sebenar dan tindakan Julia. Pembaca juga ingin tahu akan perkara yang akan menimpa BMPRO Holding selepas ketiadaan Encik Hashim. Mujurlah Julia tidak mengalah dan terus berusaha untuk menghadapi masalah tersebut.

PERHATIAN!!!: PILIH MANA-MANA 3 PERISTIWA SERTA HURAIAN SAHAJA.

Sekiranya anda diminta menyatakan peristiwa saspens dan dua novel, maka pilihlah dua peristiwa saspens daripada Perlumbaan Kedua dan dua peristiwa saspens daripada Julia.

PERISTIWA KEINSAFAN (Perbandingan 2 novel)

Perlumbaan Kedua

Peristiwa 1 : Mengadudombakan Sang Arnab dan Tuk Kura

Huraian: Sewaktu Sang Arnab sedang mempamerkan ketangkasan berlari di padang rumput, Sang

Kancil telah mempertikaikan kekalahan moyang mereka kepada sang kura. Hal ini memarahkan Sang Arnab dan dia mencabar agar berlumba sekali lagi untuk menegakkan kebenarannya. Apabila ditegur oleh Tuk Kura, Sang Kancil mengakui kesilapannya dan dia segera insaf. Seterusnya, Tuk Kura mengingatkan Sang Kancil bahawa lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan.

Peristiwa 2: Menganiaya ketua kaum, Tuk Kura

Huraian: Kemenangan Tuk Kura menginsafkan kumpulan kura-kura menenai sikap mereka yang telah mendera Tuk Kura sebelum ini. Tuk Kura sendiri berasa kesal dengan sikap kaumnya yang menyanjungnya setelah berjaya tetapi tidak sanggup bersusah payah bersama semasa menjalani latihan.

Julia

Peristiwa: Menderhaka ibu bapa

Huraian: Ketika remaja, Julia bersikap ‘pemberontak’ dan bergaul bebas dengan remaja liar. Ibu bapanya mengambil langkah drastik dengan menghantarnya belajar agama di Islamic Hidayah College, Perth, Australia. Ketika di sana, Julia cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baru dan kini dia sudah dapat menerima penghijrahan dala hidupnya. Dia berasa berdosa dan bersalah.

Peristiwa: kematian ibu bapa

Huraian: Suasana di Sri Idaman masih muram setelah kematian kedua-dua orang ibu bapa Julia. Julia masih belum dapat menerima kenyataan sepenuhnya bahawa dia kini yatim piatu dan dia sedar bahawa dia perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta pengurus Syarikat BMPRO Holding. Cabaran ini telah menginsafkan Julia menjadi anak yang bertanggungjawab.

NILAI KEINSAFAN (Perbandingan 2 novel)

Keinsafan 1 : Menyedari kesilapannya mengadudombakan Sang Arnab dan Tuk Kura

Huraian: Sewaktu Sang Arnab sedang mempamerkan ketangkasan berlari di padang rumput, Sang

Kancil telah mempertikaikan kekalahan moyang mereka kepada sang kura. Hal ini memarahkan Sang Arnab dan dia mencabar agar berlumba sekali lagi untuk menegakkan kebenarannya. Apabila ditegur oleh Tuk Kura, Sang Kancil mengakui kesilapannya dan dia segera insaf. Seterusnya, Tuk Kura mengingatkan Sang Kancil bahawa lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan.

Keinsafan 2: Menyedari keterlanjuran menganiaya ketua kaum, Tuk Kura

Huraian: Kemenangan Tuk Kura menginsafkan kumpulan kura-kura menenai sikap mereka yang telah mendera Tuk Kura sebelum ini. Tuk Kura sendiri berasa kesal dengan sikap kaumnya yang menyanjungnya setelah berjaya tetapi tidak sanggup bersusah payah bersama semasa menjalani latihan.

Julia

Peristiwa: Menyedari kesilapannya menderhaka ibu bapa

Huraian: Ketika remaja, Julia bersikap ‘pemberontak’ dan bergaul bebas dengan remaja liar. Ibu bapanya mengambil langkah drastik dengan menghantarnya belajar agama di Islamic Hidayah College, Perth, Australia. Ketika di sana, Julia cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baru dan kini dia sudah dapat menerima penghijrahan dala hidupnya. Dia berasa berdosa dan bersalah.

Peristiwa: Menyedari tanggungjawab kepada keluarga

Huraian: Suasana di Sri Idaman masih muram setelah kematian kedua-dua orang ibu bapa Julia. Julia masih belum dapat menerima kenyataan sepenuhnya bahawa dia kini yatim piatu dan dia sedar bahawa dia perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta pengurus Syarikat BMPRO Holding. Cabaran ini telah menginsafkan Julia menjadi anak yang bertanggungjawab.