Lambaian Malar Hijau


Tema: Perjuangan mempertahankan alam sekitar

Persoalan:

  1. Kepentingan pendidikan dalam mencapai cita-cita – Berbekalkan kecemerlangan dalam pendidikan, Daneng berjaya memelihara alam sekitar.
  2. Kegigihan guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab – Cikgu Jo berusaha untuk memujuk Daneng agar belajar demi masa depannya
  3. Semangat cinta akan alam sekitar – Daneng berjuang untuk memelihara hutan belantara daripada aktiviti pembalakan dan penerokaan
  4. Pendidikan dapat mengubah kehidupan masyarakat – Kejayaan Daneng dapan pendidikan dapat mengubah nasib kaum Asli yang hidup mundur.

Watak dan Perwatakan

Daneng

  1. Cinta akan alam sekitar – tidak mahu meninggalkan sekolah kerana hendak mempertahankan hutan
  2. Keras hati – agak sukar menerima pandangan Cikgu Jo tentang kepentingan pelajaran demi masa depan
  3. Bijak/Cerdik – cemerlang dalam pelajaran dan ditawarkan ke sekolah berasrama
  4. Menghargai budi – mengenang jasa Cikgu Jo yang mendorongnya mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Cikgu Jo

  1. Bertanggungjawab – memujuk Daneng meneruskan pelajaran demi masa depannya.
  2. Berdedikasi – sanggup mengajar di pedalaman demi masa depan kaum Asli
  3. Berpandangan jauh – Daneng akan lebih berjaya untuk melindungi dan mempertahankan hutan rimba jika mempunyai kelulusan dan kedudukan yang tinggi

Nilai

  1. Ketekunan/kerajinan/kegigihan – Daneng tekun belajar sehingga beroleh kecemerlangan dalam akademik.
  2. Kesabaran/ketabahan/kecekalan – Berbekalan ketabahan, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan persekolahan walaupun Daneng keberatan
  3. Bertanggungjawab – Setelah berjaya dalam pelajaran, Daneng meneruskan perjuangannya mempertahankan hutan belantara dengan penuh tanggungjawab.
  4. Hormat-menghomati – Daneng menghormati Cikgu Jo yang banyak membantu dan berjasa kepadanya.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mencintai alam sekitar agar terpelihara – Daneng memulihara hutan belantara sehingga mendapat pengiktirafan dunia.
  2. Seorang guru hendaklah berperanan untuk mendorong anak didiknya agar terus berusaha untuk beroleh kejayaan – Cikgu Jo memberikan semangat kepada Daneng untuk meneruskan pengajian sehingga menara gading.
  3. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan – Cikgu Jo telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik muridnya dengan penuh dedikasi dan iltizam.
  4. Kita hendaklah menghargai jasa bakti guru – Daneng menghormati dan menghargai jasa bakti Cikgu Jo dengan tekun belajar sehingga berjaya.

Soalan Kontekstual

1. Dilema yang dialami Cikgu Jo tentang kehidupan Daneng [hlm. 90]:

  • Bimbang akan pendirian Daneng yang enggan meneruskan persekolahannya kerana ingin meneruskan kehidupan di rimba
  • Bimbang akan pelajaran Daneng akan terjejas dan hari mukanya yang gelap

2. Sebab-sebab kesedihan Daneng [hlm. 95 – 96]:

  • Kerana hutan dan segala kayu-kayannya telah musnah akibat pembalakan
  • Kerana gurunya terus memberikan semangat kepadanya untuk terus belajar

3. Sebab-sebab hutan di seantero dunia terancam [hlm. 95 – 96]

  • Kerana terdapat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal – pembalak sanggup mencerobohi dan memusnahkan fauna dan flora untuk mengaut keuntungan
  • Pemusnahan kawasan hutan simpan bukan setakat berlaku di negara ini tetapi berlaku juga di ditempat-tempat lain di dunia, misalnya di Lembangan Amazon

4. Sebab-sebab Daneng pulang ke desa Tualang [hlm. 93]:

  • Ingin hidup dengan caranya yang tersendiri
  • Terlalu mencintai hutan malar hijau
  • Mendambakan kehidupan di hutan
  • Jiwanya terikat pada pohon tualang dan bukit bukau

5. Konsep kemiskinan pada pandangan Daneng [hlm. 94]

  • Tiada dalam kamus mereka
  • Menganggap seluruh hutan, tanah nan danau sebagai milik mereka bersama
  • Memberikan rezeki kepada mereka

6. Bukti Daneng mengubah dunia [hlm. 97]

  • Berjaya menyelamatkan kawasan hutan
  • Hasi usaha Daneng, Malaysia diiktiraf sebagai negara yang paling banyak mempunyai hutan
  • Rancangan Daneng telah berjaya memulihara dan menambah kawasan hutan di negara ini

Soalan Kemahiran Berfikir

1. Kepentingan/sumbangan hutan:

  • Sebagai penyerap karbon dioksida dan penambah isipadu oksigen di atmosfera
  • Menjadi tempat pembiakan / habitat pelbagai jenis flora dan fauna
  • Mengeluarkan hasil kayu-kayan untuk eksport ke luar negara
  • Menjadi salah satu daya tarikan ekopelancongan
  • Menjadi punca rezeki penduduk luar bandar yang mencari hasil hutan dan ramuan ubat-ubatan
  • Kawasan tadahan hujan – membekalkan sumber air

NOTA: JIKA FOKUS IALAH SEBAB-SEBAB HUTAN PERLU DIPELIHARA, ISI TERSEBUT BOLEH DIGUNAKAN.

2. Cara-cara/langkah-langkah pemuliharan hutan belantara:

  • Membanteras aktiviti pembalakan haram
  • memantau dan mengawasi pencerobohan kawasan hutan
  • Mewartakan lebih banyak hutan simpan
  • Merancang projek pertanian dan pembangunan

3Kesan-kesan / implikasi-implikasi pemusnahan hutan:

  • Menjejaskan ekosistem – memusnahkan tumbuh-tumbuhan hijau dan kawasan tadahan air
  • Kepupusan flora dan fauna – musnahnya habitat dan sumber makanan
  • Bencana alam seperti hakisan, tanah runtuh dan banjir – tiada kawasan tadahan hujan, tiada penahan tanah dan gangguan ekosistem

4. Kewajaran Daneng meneruskan persekolahan:

  • Pelajar yang bijak dan tekun – berkemungkinan besar dapat berjaya dalam bidang pendidikan dan kehidupan
  • Berbekalkan pendidikan, Daneng dapat memperjuangkan pemuliharaan hutan
  • Berbekalkan kejayaan dalam pendidikan, Daneng dapat mengubah nasin keluarga dan kaumnya

5. Kepentingan pendidikan:

  • Dapat membela nasib keluarga – membaiki kehidupan seisi keluarga agar lebih bahagia
  • Dapat memajukan negara – menyumbangkan idea ke arah pembangunan negara
  • Dapat mengatasi masalah yang dihadapi – menjadi saintis, pegawai tinggi ataupun ahli politik untuk memulihara alam sekitar

6. Tindakan ibu bapa menggalakkan Daneng meneruskan persekolahan:

  • Memujuk Daneng kembali ke sekolah – menjamin masa depan yang cerah
  • Memberikan kata-kata perangsang – setiap kejayaan memerlukan pengorbanan
  • Memberikan pandangan – Daneng berpotensi untuk berjaya dan membela nasib kaumnya

PERHATIAN:

  • Oleh sebab 3 markah diperuntukkan untuk SOALAN KBKK, maka anda perlu mengetengahkan 3 isi sahaja.
  • Pastikan jawapan anda dalam ayat yang lengkap dan bahasa yang sempurna.
  • Soalan (iii), fokus KOMSAS ialah nilai / perwatakanlatar masyarakat.

FOKUS BMSPM 2010

Baca petikan cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

Daneng menghela nafas panjang. Peristiwa dua puluh lima tahun dahulu itu seakan-akan baharu berlaku sehari dua yang lalu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tua yang tersandar pada batu besar yang pernah menjadi singgahsana zaman remajanya dahulu.

“Keputusan Datuk Daneng 25 tahun dahulu telah mengubah dunia. Saya cukup bangga dengan kejayaan Datuk,” ucap Jo sambil mengelap manik-manik peluh di dahinya yang sudah berkedut itu.

“Cikgu, tolong jangan ‘berdatuk’ dengan saya, siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,” ucap Daneng dengan penuh rasa hormat. Dia merenung wajah gurunya yang sudah diukir garis-garis usia. Suaranya juga agak lemah. Tetapi di sebalik lelaki tua itu, semangat Cikgu Jo masih kental dan kuat. Itulah yang dikagumi Daneng.

“Jasamu akan dikenang sepanjang zaman. Oh, Daneng! Usahamu itu tidak sia-sia. Datuk Daneng telah dapat menyelamatkan belantara ini. Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini. Negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan. Rancanganmu itu telah dapat memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara kita,” ucap Cikgu Jo sambil merenung lelaki dewasa yang berusia hampir separuh abad itu.

“Engkau telah mendapat hadiah Nobel, Daneng. Hati tua ini, dilanda ombak kegembiraan mengingati segala kejayaanmu itu. Bukankah kerajaan Brazil juga menjemputmu ke sana untuk membantu memulihkan keadaan hutan Lembangan Amazon?”

Daneng mengangguk. Dia merenung wajah cengkung Cikgu Jo. Air jernih memenuhi kolam matanya.

(Dipetik dan dubahsuaikan daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Soalan Kontekstual

Keputusan Datuk Daneng 25 tahun dahulu telah mengubah dunia. Saya cukup bangga dengan kejayaan Datuk.”

Apakah kejayaan Datuk Daneng yang menjadi kebanggaan Cikgu Jo? [2 markah]

(ii)  Soalan Kemahiran Berfikir

Seandainya anda pegawai PERHILITAN, nyatakan tiga langkah yang akan anda lakukan untuk memulihara hutan belantara di negara ini.  [3 markah]

ATAU

Andai kata anda Daneng, jelaskan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk mempertahankan hutan belantara daripada aktiviti pembalakan? [3 markah]

(iii) Soalan KOMSAS

Huraikan satu latar masyarakat berdasarkan petikan di atas dan satu latar masyarakat yang lain berdasarkan cerpen tersebut. [4 markah]

ATAU

Huraikan satu perwatakan Daneng dalam petikan di atas dan satu perwatakan Daneng dalam cerpen tersebut. [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

(i) Kejayaan Daneng yang menjadi kebanggaan Cikgu Jo:

– dapat menyelamatkan hutan belantara di negara kita [1m]

– Malaysia diiktiraf sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini [1m]

– telah berjaya memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara kita [1m]

mendapat hadiah Nobel [1m]

[Mana-mana dua isi diterima]

(ii) Langkah-langkah memulihara hutan belantara di negara ini:

– mewajibkan setiap pengusaha balak membuat penanaman semula [1m]

– memastikan hutan simpan tidak diteroka atau dicerobohi [1m]

memantau dan mengawal aktiviti pembalakan [1m]

menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan dalam kehidupan [1m]

[Isi-isi relevan yang lain diterima]

Tindakan untuk mempertahankan hutan belantara daripada aktiviti pembalakan:

–     menulis surat kepada pengusaha/syarikat berkenaan agar menghentikan aktiviti pembalakan [1m]

–     mengambil gambar-gambar aktiviti pembalakan dan mengirimkannya kepada Jabatan Alam Sekitar serta PERHILTAN untuk diambil tindakan [1m]

–     menghubungi stesen televisyen, seperti TV3, agar menyiasat aktiviti pembalakan yang mengancam kehidupan orang Asli. [1m]

(iii)  Latar masyarakat dalam petikan:

–         masyarakat yang cinta akan alam sekitar – Daneng sangat menyayangi hutan tempat kelahirannya hingga dia sanggup berjuang untuk mempertahankan kawasan hutan di negara ini [2m]

Latar masyarakat dalam cerpen:

–         masyarakat guru yang berwawasan – Cikgu Jo berwawasan bahawa Daneng mempunyai masa depan yang cerah, maka beliau berusaha untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya. [2m]

[Setiap latar masyarakat perlu disertakan contoh; tanpa contoh markah tidak akan diberikan]

Perwatakan Daneng dalam petikan:

–         seorang ‘Datuk’ yang merendah diri – Walaupun bergelar ‘Datuk’ dan berjaya dalam kehidupan, Daneng bersikap tawaduk ataupun tidak bongkak serta terhutang budi kepada Cikgu Jo.

Perwatakan Daneng dalam cerpen:

–         seorang pelajar yang pintar – Walaupun berasal daripada keluarga orang Asli, Daneng mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan ditawarkan ke sekolah berasrama.

PERHATIAN!!!:

NOTA YANG DIPAPARKAN INI HANYA UNTUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, BUKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL. JIKA MENGAMBIL MANA-MANA BAHAGIAN DALAM LAMAN INI, SILA NYATAKAN SUMBERNYA. HARGAILAH HARTA INTELEK SESEORANG. SEKIAN TERIMA KASIH.