Fokus BMPMR 2010 Membership


Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

– Kemalangan Jalan Raya

Karangan Respons Terbuka / Umum

– Membalas Jasa Ibu Bapa

KAJIAN NOVEL (FOKUS TINGKATAN 2 & 3)

– sama ada binaan plot ataupun teknik plot + peristiwa / tema & peristiwa / latar masyarakat & contoh peristiwa / nilai keberanian

NOTA: KESEMUA TOPIK DI ATAS BUKANNYA SOALAN-SOALAN RAMALAN. TOPIK-TOPIK INI HANYA SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA!!!

SISTEM BAHASA

1.0 KATA KERJA TERBITAN

1.1     temu

(a)    bertemu / menemui/ menemukan /  mempertemukan guru kaunseling

(b)    bertemu / menemui / menemukan /  mempertemukan kesalahan ejaan

(c)    bertemu / menemui/ menemukan /  mempertemukan anak dengan ibu

 

1.2 tanya

(a)    bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan ibu bapanya

(c)    bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan masalahnya

(d)    bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan khabarnya

 

1.3     oleh

(a)    beroleh / memperoleh /  memperolehi kemenangan (KKI) 

(b)    beroleh / memperoleh /  memperolehi kejayaan (KKT)

 

1.3     beli

(a)    membeli / membelikan telefon bimbit untuk anaknya

(b)    membeli / membelikan anaknya telefon bimbit

 

1.4     dalam:

(a)    mendalami / mendalamkan bidang linguistik

(b)    mendalami / mendalamkan ilmu pengetahuan

(c) mendalamkan / memperdalam / memperdalamkan sungai

 

1.5     salah

(a)    menyalahi /  menyalahkan peraturan lalu lintas

(b)    menyalahi /  menyalahkan pihak sekolah

 

1.6     kirim

(a)    mengirimi / mengirimkan anaknya wang

(b) mengirimi / mengirimkan wang kepada anaknya

1.7     jatuh

(a)    menjatuhi / menjatuhkan pesalah itu hukuman penjara

(b) menjatuhi / menjatuhkan hukuman

 

1.8     jalan

(a)    menjalani / menjalankan pembedahan/hukuman/latihan

(b) menjalani / menjalankan tugas/tanggungjawab

 

1.9     ingat

(a)    mengingati / memperingati tragedi/peristiwa

(b) mengingati / mengingatkan / memperingati para peserta/pelajar agar …

(c) mengingati / mengingatkan / memperingati jasa bakti para pahlawan

1.10   cebur

(a)    menceburi / menceburkan bidang perniagaan

(b) menceburi / menceburkan diri dalam bidang perniagaan

 

1.11   jauh

(a)    menjauhi / menjauhkan penagih dadah

(b) menjauhi / menjauhkan diri daripada penagih dadah

 

1.12   baca

(a)    membaca / membacakan surat itu untuk ayahnya

(b) membaca / membacakan ayahnya surat itu

 

1.13   cerita

(a) menceritai /  menceritakan anak-anak buahnya riwayat hidupnya

(b)   menceritai /  menceritakan riwayat hidupnya kepada anak-anak buahnya

 

1.14   kotor

(a)    sampah sarap mengotori / mengotorkan sungai
(b)    penduduk kampung mengotori / mengotorkan sungai

 

1.15   cemar

(a)    perbuatan curangnya mencemari / mencemarkan imej keluarganya

(b)    dia mencemari / mencemarkan imej keluarganya

 

1.16   basah

(a)    keringat membasahi / membasahkan tubuhnya

(b)    dia membasahi / membasahkan tubuhnya

 

1.17   hias

(a)    ayah menghias / menghiasi / menghiaskan halaman rumah dengan pokok-pokok hiasan

(b)    ayah menghias / menghiasi / menghiaskan pokok-pokok hiasan di halaman rumah

(c)    pokok-pokok rumah menghias / menghiasi / menghiaskan halaman rumahnya

1.18   pagar

(a)    Pak Abu memagar / memagari / memagarkan kebunnya dengan pokok-pokok buluh

(b)    Pak Abu memagar / memagari / memagarkan pokok-pokok buluh di kebunnya

(c)    pokok-pokok buluh memagar / memagari / memagarkan kebun Pak Abu

 

1.19   terang

(a)    lampu minyak menerangi / menerangkan ruang tamu

(b) menerangi / menerangkan fenomena kesan rumah hijau

 

1.20   baik

(a) membaiki / membaikkan jalan raya yang rosak

(b) membaiki / membaikkan penyakit (bkn kesihatan)

1.21   halus

(a) menghalusi / menghaluskan perkara itu

(b) menghalusi / menghaluskan mata pensilnya

 

1.22   beri

(a) memberi /  memberikan anaknya nasihat

(b) memberi /  memberikan nasihat kepada anaknya

 

1.23   serta

(a)    menyertai / menyertakan peraduan itu

(b)    menyertai / menyertakan sijil-sijil peperiksaan bersama-sama borang permohonan

 

1.24   anugerah

(a) menganugerahi / menganugerahkan pahlawan itu pingat kehormatan

(b)    menganugerahi / menganugerahkan pingat kehormatan kepada pahlawan itu

 

1.25   hidang

(a)    menghidangi / menghidangkan tetamu itu sepinggan kuih

(b)    menghidangi / menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu

 

 

1.26   cucur

(a)    mencucuri / mencucurkan kami rahmat

(b)    mencucuri / mencucurkan rahmat kepada kami

 

1.27   hamba

(a)    memperhamba / memperhambakan orang gajinya

(b)    memperhamba / memperhambakan dirinya kepada sultan

1.28   isteri

(a)    memperisteri / memperisterkan gadis kampung

(b)    memperisteri / memperisterkan anak lelakinya dengan gadis dari seberang

1.29   suami

(a)    mempersuami / mempersuamikan pemain bola sepak yang terkenal itu

(b)    mempersuami / mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang doktor

 

1.30   dua

(a)    menduakan / memperdua Tuhan

(b)    menduakan / memperdua / memperduakan hasil / untung

1.31 lupa

(a)        melupai / melupakan peristiwa itu

(b)       melupai / melupakanpesanan ibunya

2.0  KATA NAMA TERBITAN

2.1     temu(a)  (mereka) bertemu  > pertemuan

(b)    menemukan (kesalahan ejaan)      >  penemuan

2.2     kembang

(a)  (bahasa Melayu) berkembang           > perkembangan

(b)  mengembangkan (agama Islam)        > pengembangan

2.3     langgar

(a)  berlanggar (bkn kenderaan)  > perlanggaran

(b)  melanggar (bkn peraturan)     > pelanggaran

2.4     air

(a)  berair (bkn laut)       >  perairan

(b) mengairi (bkn tanah pertanian)      > pengairan

2.5     buat

(a)  berbuat (salah laku)         > perbuatan

(b)    membuat (kerusi meja)     > pembuatan

2.6     siar

(a)  bersiar-siar             >  persiaran

(b)  menyiarkan (berita)      > penyiaran

NOTA: bkn = berkenaan

3.0 PENGIMBUHAN

3.1   membaiki / membaikkan / memperbaiki kereta yang rosak

3.3   menyetujui / mempersetujui rancangannya

3.4   menghidap / menghidapi penyakit

3.5   meyakinkan / menyakinkan ibu bapanya

3.6   meyakini / menyakini kejujurannya

3.7   menghadkan / mengehadkan bilangan peserta

3.8   merancang / merancangkan pembangunan

3.9   beroleh / memperoleh / memperolehi kejayaan

3.10 memperlahan / memperlahankan kenderaannya

3.11 merunding / merundingkan projek itu

3.12 membanyakkan / memperbanyak / memperbanyakkan bahan makanan

3.13 menggiatkan / mempergiat / mempergiatkan usaha

3.14 mencontoh / mencontohi gaya pakaian bintang filem

3.15 menguasai / memperkuasai perlawanan

3.16 mendalami /mendalamkan /  memperdalami bidang bahasa

3.17 mengakui / memperakui kesalahannya

3.18 memperakui / memperakukan mutu barangan

3.19 menghalusi / memperhalusi perkara itu

3.20 merindui / merindukan anak bongsunya

3.21 membasmi / membasmikan nyamuk

3.22 membanteras / membanteraskan jenayah

3.23 memberantas / memberantaskan perosak tanaman

3.24 memperalat / memperalatkan pemuda-pemuda itu

3.25 memperdaya / memperdayakan anak-anak gadis

3.26 memperkacang / memperkacangkan harta orang tuanya

3.27 mempercepat / mempercepatkan langkahnya

3.28 memperkemas / memperkemaskan kamat bacaannya

3.29 memperkebuni / memperkebunkan tanah terbiar itu

3.30 pekarangan / perkarangan istana

3.31 pelantikan / perlantikan pengerusi

3.32 destinasipelancongan / perlancongan

3.33 kawasan pedalaman / pendalaman

3.34 kerja-kerja pedalaman / pendalaman dasar sungai

3.35 pelumbaan / perlumbaan haram

3.36 pelaksanaan / perlaksanaan projek pembangunan

AKAN DISAMBUNG …

SOALAN PENGGUNAAN KATA DALAM AYAT